wah... sedar tak sedar aku kini sudah masuk tingkatan 6 atas... sungguh tak sangka yang aku akan dapat sampai ke peringkat ini...
sekarang saya belajar di sekolah baru iaitu smk bandar sarikei... aku masuk sekolah ni kira-kira bulan ogos 2008 yang lalu... sekolah ni boleh tahan juga lah tetapi ada yang masih perlu diperbaiki terutamanya disiplin pelajar dan sistem sekolah yang masih dalam keadaan kelam kabut...
ok... aku nak ceritakan kehidupan aku semasa aku di sekolah lama aku dulu iaitu smk merbau miri.. sekolah ni memang best... di sinilah tempat aku menempa pelbagai pengalaman serta menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar.. mula-mula aku menjejakkan kaki ke smk merbaumiri dulu... perasaaaku pada masa itu sungguh takut kerana aku tidak kenal sesiapa pun dan yang aku kenal sekadar kenal pun cuma chung sze jung dengan siti mutiah... tapi selepas dua tiga hari aku kenal lah budak-budak di sekolah ini...
aku masih ingat lagi guru yang pertama aku kenal masa tu ialah PUAN SU HIE MEI... garang cikgu ni.. kalau dia dah naik angin.. huh... ! bagai nak kiamat dunia ni dibuatnya...
lepas tu... cikgu kedua yang aku kenal ialah cikgu shahrun azian azmee... masa ni cikgu tu masih bujang lagi... mula kenal cikgu ni pun buat saya takut juga sebab dia ni nampak garang... tapi sebenarnya tidaklah garang pun.. sekadar angin sepoi-sepoi je...
pelajar pertama yang aku kenal masa itu ialah JASON JOHN dan WATSON...
HUH... !
itulah pengalaman aku mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah tu...
yang lain tu nantilah aku ceritakkan...